Selamat Datang & Salam Pengenalan



SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA.

Persatuan Penduduk Rumah Teres Taman Tun Teja (PPR4T), Rawang telah ditubuhkan pada 20 Januari 2004.

Objektif penubuhan persatuan adalah untuk mewujudkan satu badan yang tetap bagi mewakili suara penduduk dalam mengutarakan pemasalahan-pemasalah yang dihadapi oleh penduduk kepada pihak berkuasa.

PPR4T memainkan peranan yang aktif bersama persatuan2 lain di Taman Tun Teja, dalam memastikan kehidupan yang selesa dan harmoni bagi penduduk di kawasan ini.

Penyertaan penduduk dalam PPR4T adalah secara automatik dan semua penduduk digalakkan untuk menyokong, menjayakan aktiviti dan menyumbang kepada PPR4T samada dari segi tenaga, ilmu dan kewangan bagi memantapkan lagi persatuan kita ini, demi untuk kesejahteraan, keharmonian, keselamatan dan keceriaan semua warga Taman Tun Teja.

Kepada semua AJK-AJK yang telah dilantik semula bagi sessi 2010/2012, saya mengucapkan syabas dan tahniah, dan semoga dapat terus menyumbangkan idea dan tenaga bagi kepentingan kita semua.

Sebarang pertanyaan dan cadangan mengenai aktiviti PPR4T, bolehlah diajukan kepada saya, Pengerusi Persatuan, En. Mohamed Saufi Shafie atau melalui AJK seperti yang dipaparkan di dalam halaman web ini atau melalui email persatuan:

perpenrttamantunteja@gmail.com

Persatuan juga mempunyai link di facebook.

Sekian, terima kasih.

Mohamad Saufie Shafie, Pengerusi












NOTIS MESYUARAT AGONG KE 8

Mesyuarat Agong Persatuan Penduduk Rumah Teres Taman Tun Teja Kali Ke 8 akan diadakan pada 3 April 2011 (Ahad), 9.00 pagi bertempat di Jalan Tun Teja 3. Semua ahli persatuan dijemput hadir!!! 8.30 pagi Pendaftaran 9.00 pagi Bacaan Doa Kata-kata aluan Pengerusi Ucapan Perasmian - Datin Reny Rahayu Penyampaian Sijil dan Saguhati bagi Pelajar Cemerlang (UPSR, PMR & SPM) Penyampaian Sijil kepada AJK 2010/2011 Minum Pagi 9.45 pagi Mesyuarat Agong Kata-kata Aluan Pengerusi Pembentangan dan Pengesahan Minit Perkara Berbangkit Laporan Aktiviti Persatuan Laporan Kewanagan Pembentangan dan Pembahasan Usul Hal-hal Lain

Friday, June 4, 2010

PTA: No problems in Seri Garing (The Star, 5/6/2010)

RAWANG: The Parent-Teachers’ Association of SMK Seri Garing has denied allegations of criminal activities in the school and wants the Education Ministry to investigate teachers who provided “inaccurate information” to the media.

Association chairman Chin Wan Cheong said the school was not the only one with problems, so it was misleading to label it a “school of terror”.

“We are not denying that there are disciplinary problems among some students but they are not as bad as they are being portrayed by the media,” he said.

“In fact, we are one of the secondary schools in Gombak district with minimum disciplinary problems and the best school in extra-curricular activities like sports,” he told a press conference yesterday.

Chin said there was no evidence of gangsterism, drug dealing, alcohol consumption or even the rape case reported recently that happened in the school.

“All the reports have hurt and humiliated teachers, parents and students,” he said, adding that some of the parents were anxious and had lost their trust in the teachers.

Majlis Permuafakat PIBG Rawang (joint PTA of Rawang schools) chairman Mohamed Saufi Shafie said the associations wanted justice and were not pointing fingers at anyone.

He said it was sad to read some news reports on the problems which quoted schoolteachers.

“We hope the ministry will investigate the allegations by the teachers and help the school to correct the untrue information,” he added.

Mohamed Saufi said the school never stopped anyone from reporting wrongdoings to the police or other authorities.

There have been three police cases so far – a student fight, a break-in and a rape case – which were still under investigation, he said.

Former PTA chairman of SMK Seri Garing V. Subramaniam said there was no gangsterism in the school in the last seven years when he was PTA chairman until February.

“It is a blessing to have media attention but being labelled as a ‘school of terror’ linked with gangsterism, rape and molest is definitely upsetting.”

PTA committee member Villalan Ramasamy said the parents and teachers had always worked very closely with the school and students.

“They are all our children and we always have a lot of activities to ensure their safety and well-being.”

On May 25, The Star highlighted rampant illegal activities in the school including triad activities, sex crimes, extortion, drug distribution and alcoholism.

Students, teachers, parents and residents of Taman Seri Rawang and Taman Garing Jaya were said to be living in fear of school bullies and did not report them for fear of reprisals.

Saturday, May 29, 2010

Cadangan Hari Keluarga Ahli Persatuan Penduduk

AJK persatuan sedang merancang untuk mengadakan hari keluarga ahli persatuan penduduk pada 17 - 18 July 2010 yang akan datang, bertempat di Pantai Indah Seaview Resort, Kuala Selangor.

Objektif hari keluarga ni adalah untuk memberi ruang untuk mengeratkan lagi hubungan kejiranan diantara penduduk disamping menyemarakkan semangat kerjasama, hormat menghormati sesama ahli penduduk.

Sesiapa yang berminat untuk menyertai hari keluarga tersebut sila hubungi mana-mana AJK. Maklumat lanjut akan dimaklumkan melalui halaman web dan surat yang akan diedarkan dalam masa terdekat.

Program ini telah ditangguhkan hingga ke bulan Disember 2010.

Sunday, April 18, 2010

Mesyuarat Jawatankuasa Penaja KRT Rumah Teres Taman Tun Teja

Salam Sejahtera.
Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat jawatan kuasa penaja KRT Rumah Teres Taman Tun Teja akan diadakan pada 18 April 2010, Jam 9 malam di Medan Selera Taman Tun Teja.

Semua penduduk dijemput untuk menghadirkan diri ke mesyuarat tersebut,

Sekian, terima kasih

Friday, March 19, 2010

Agenda Mesyuarat Agong ke 7 - 20 Mac 2010

BERIKUT ADALAH AGENDA MESYUARAT. SEMUA AHLI PERSATUAN PENDUDUK DIJEMPUT HADIR........








8.30 malam                  : Ketibaan Ahli-ahli persatuan & pendaftaran
8.45 malam                  : Ketibaan VIP & para jemputan
9.00 malam                  : Bacaan Doa
                                    : Kata alu-aluan oleh Pengerusi Persatuan Penduduk Rumah  Teres 
                                      Sessi 2008/2010. (En. Mohamad Saufi Bin Shafie) 
                                    : Ucapan Perasmian oleh YB Gan Pe Nei 
9.30 malam                  : Jamuan
9.45 malam                  : Mesyuarat Agung Kali Ke-7 bermula
1. Kata-kata aluan oleh Pengerusi Persatuan Penduduk Rumah Teres  Taman Tun Teja Sesi 2008/2010.
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Agong Kali Ke-6.
3. Laporan Aktiviti Persatuan Penduduk Rumah Teres Taman Tun Teja oleh Setiausaha
4. Laporan Kewangan Persatuan Penduduk Rumah Teres Taman Tun Teja oleh Bendahari
5. Perkara Berbangkit
6. Pembubaran AJK Persatuan Penduduk Rumah Teres Taman Tun Teja Sesi 2008/2010.
7. Perlantikan Pengerusi Sementara
8. Perlantikan AJK Persatuan Penduduk Rumah Teres Taman Tun Teja Sesi 2010/2012
9. Memperkenalkan AJK Sesi 2010/2012
10. Ucapan Pengerusi Sesi 2010/2012
11. Membentang Dan Membahaskan Usul
12. Ucapan Penangguhan

11.00 malam     Bersurai

Thursday, February 25, 2010

SURAT BANTAHAN RASMI BAGI PROJEK PEMBINAAN PASAR RAYA ECONSAVE DI LOT 1060, RAWANG, SELANGOR

Yang Dipertua,
Alamat Rasmi Majlis Perbandaran Selayang,
Menara MPS, Persiaran 3,
Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan.

Y.Bhg. Dato’,

BANTAHAN RASMI BAGI PROJEK PEMBINAAN PASAR RAYA ECONSAVE DI LOT 1060, RAWANG, SELANGOR

Dengan segala hormatnya adalah saya merujuk kepada perkara di atas.

2.      Terlebih dahulu sukacita dimaklumkan saya mewakili Badan Bertindak Taman Tun Teja dan persatuan-persatuan penduduk sekitar Batu 15-Batu 18 Jalan Ipoh, Rawang. Kami ingin mengemukakan pandangan terhadap cadangan pembinaan, pasaraya Econsave di lot 1060, Batu 16, Jalan Ipoh,Rawang.

3.      Seperti mana yang tuan sedia maklum bahawa isu mengenai cadangan pembinaan ini telah lama dibincangkan dengan pihak MPS tetapi malangnya sehingga hari ini MPS masih ingin meneruskan projek ini walaupun mendapat bantahan dari penduduk setempat. 

4.      Maka dengan ini, pihak kami merasakan masih ada lagi  ruang untuk pihak kami memberi pandangan yang seikhlasnya tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak kepada Y.Bhg. Dato’ dan mudah-mudahan pandangan dari kami dapat membantu Y.Bhg. Dato’ membuat keputusan yang bijak dan adil kepada semua pihak.    

6.      Adalah dimaklumkan sekali lagi disini bahawa pihak kami membantah sekeras-kerasnya  pembinaan projek ini di atas beberapa sebab utama yang melibatkan isu sosial, ekonomi dan alam sekitar. Penerangan terperinci adalah seperti dinyatakan di dalam memorandum seperti di lampiran A. Lampiran B adalah dokumen-dokumen sokongan terhadap hujah-hujah yang akan dinyatakan di dalam lampiran A.

7.      Bersama-sama ini juga disertakan tandatangan pengerusi persatuan-persatuan penduduk yang menjadi ahli jawatankuasa Badan Bertindak ini dan bersama-sama menyokong pendirian ini.

                          
LAMPIRAN A



MEMORANDUM BANTAHAN
DARI BADAN BERTINDAK TAMAN TUN TEJA
MENGENAI PROJEK PEMBINAAN PASARAYA ECONSAVE
DI LOT 1060, BATU 16, JALAN IPOH, RAWANG SELANGOR



A.        LATAR BELAKANG


            Kawasan Zon 19 adalah merupakansalah satu kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi di dalam daerah Rawan.  Taman-taman perumahan utama yang terletak di dalam Zon 19 ini adalah Taman Tun Teja, Taman Seri Bayu, Taman Mawar, Taman PKNS, Taman Kanching,Taman Setia Jaya, Taman Jati dan Taman Tun Perak yang mana mempunyai kepadatan yang agak padat iaitu mengandungi lebih dari 150,000 orang penduduk dan terdapat 3 kategori perumahan yang ada iaitu rumah teres dan apartment sederhana dan flat kos rendah.

            Di antara kemudahan-kemudahan awam yang telah siap di dalam zon ini adalah Sekolah Menengah Agama Rawang, Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 16 dan Sekolah Rendah Taman Tun Teja yang sedang dalam pembinaan.

            Pasaraya-pasaraya yang telah tersedia adalah Hypermarket Tesco yang terletak berhampiran Taman Setia Jaya dan yang berhampiran adalah seperti Pasaraya Giant, Bintang yang terletak di pekan Rawang. Di samping itu terdapat banyak kedai-kedai kecil yang terletak di dalam zon ini yang menjual barangan runcit, kedai makan, membaiki motor/kereta dan sebagainya.

            Pada tahun 2006, wakil persatuan penduduk telah mengadakan perbincangan dengan pihak Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengenain isu cadangan pembinaan pasaraya ini yang turut dihadiri oleh wakil Biro Pengaduan Awam Negeri Selamgor. Lanjutan dari itu persetujuan telah dicapai bahawa pembangunan yang hendak dijalankan adalah bersifat pembangunan komesial berskala keci sahaja. Bukti-bukti kepada persetujuan tersebut adalah seperti di lampiran B.


B.        ASAS-ASAS BANTAHAN

            Setelah berbincang di kalangan warga persatuan-persatuan penduduk dan juga NGO-NGO di dalam zon 19 ini maka kami berpendapat bahawa bantahan kami ada asas yang kuat dan asas-asasnya yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

(i)                 Aspek Sosial

(a)   Kedudukan pasaraya yang terletak betul-betul bersebelahan Sekolah Kebangsaan Taman Tun Teja akan menjadikan pasaraya tempat budak-budak singgah semasa pergi dan pulang dari sekolah. Seterusnya akan memjadikan ianya tempat melepak dan memudahkan untuk ponteng sekolah.

(b)   Kehadiran pasaraya ini akan menarik orang-orang luar untuk berkunjung ke pasaraya ini dan berkemungkinan besar akan mendorong kepada mereka untuk melakukan aktiviti jenayah seperti ragut dan pecah rumah bagi penduduk yang tinggal sekitar pasaraya ini. Senario ini biasa berlaku bagi kawasan-kawasan perumahan  yang baru menerima kemaudahan tempat membeli belah seperti ini.


(ii)               Aspek Alam Sekitar

(a)   Pembinaan projek sekolah rendah Taman Tun Teja sedang rancak berjalan dan dijangka dapat beroperasi pada bulan Jun 2010. Dengan terbina projek pasaraya ini adalah dijangkakan kesan yang ketara adalah berlakunya kesesakan lalulintas di jalan masuk Taman Tun Teja terutamanya di hujung minggu di mana ramai penduduk akan keluar membeli belah.

Buat masa sekarang ini keadaan lalulintas telah menjadi semakin sibuk disebabkan Hypermarket Tesco telah mula beroperasi dan keadaan akan bertambah teruk jika pasaraya ini turut beroperasi nanti.

(b)   Didapati juga bahawa kemudahan infrastruktur yang sediada iaitu sistem saliran dan rangkaian jalan raya tidak akan berupaya menampung kehadiran pasaraya Econsave ini.Ini semua akan menjejas kualiti hidup penduduk di dalam zon ini kerana akibatnya masalah sampingan lain yang timbul akan dari perkara ini.

(c)    Kehadiran orang ramai untuk membeli belah di pasaraya ini akan mengubah pola pergerakan manusia menjadi lebih sibuk di kawasan sekitarnya yang akan menyebabkan gangguan kepada penduduk sekitar pasaraya ini. Mereka akan menjadi tidak selesa dengan kehadiran pengunjung-penghujung pasaraya tersebut terutamanya dihujung minggu.


(iii)  Aspek Ekonomi

(a)   Pasaraya Econsave ini juga akan  menyebabkan peniaga-peniaga kecil di dalam Zon 19 ini mengalami kemerosotan dari segi jualan harian kerana orang ramai akan memilih untuk berbelanja di tempat yang lebih murah seperti dipasaraya Econsave berbanding kedai mereka.




(b)   Kehadiran pasaraya ini tidak impak positif kepada usahawan-usahawan kecil di dalam Zon 19 ini kerana ianya tidak membantu mereka malah menjadi saingan kepada mereka. Bagi kami kehadiran hypermarket Tesco sudah cukup untuk memenuhi permintaan penduduk-penduduk di Zon 19 ini untuk membeli belah.


C.        KESIMPULAN

Berdasarkan kepada hujah-hujah di atas dapat disimpulkan bahawa pembinaan pasaraya Econsave ini lebih banyak menbawa keburukan dari kebaikan. Demi untuk memastikan kebajikan dan keselamatan dan kebajikan penduduk dan peniaga di dalam Zon 19 ini maka sekali lagi kami ingin nyatakan bahawa kami membantah sekeras-kerasnya pembinaan pasaraya Econsave ini.

Kepada pihak berkuasa tempatan,  fahami dan dalami lah betul-betul amanat dari Perdana Menteri Malaysia bahawa ‘Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan’.






Saturday, February 20, 2010

Permohonan Sumbangan bagi pengubahsuaian Surau Al Itihad, Taman Tun Teja

Adalah dimaklumkan pihak Surau Al-Itihad sedang menjalankan kerja-kerja pengubahsaian surau bagi menampung bilangan ahli jamaah yang kian meningkat. Sehubungan dengan itu, pihak surau mengalu-alukan sumbangan ikhlas dari ahli kariah Taman Tun Teja bagi menampung kos pembinaan ini yang dianggarkan sebanyak RM80,000. Sebarang sumbangan boleh diajukan kepada persatuan atau terus kepada AJK surau. Semoga sumbangan dan khidmat bakti yang diberikan akan dibalas dengan ganjaran yang berkekalan di dunia dan akhirat.

Berita Semasa - KRT Rumah Teres

Penubuhan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Rumah Teres Taman Tun Teja telah diluluskan. KRT ini diterajui oleh En. Ramli b. Mohd Daud. 
Skim Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Skim ini kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan dengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. Pada masa kini peranan Skim Rukun Tetangga diperluaskan lagi dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan di dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan.

KRT diluluskan penubuhannya oleh Jabatan Perpaduan & Integrasi Nasional (JPNIN). Penubuhan Kawasan Rukun tetangga bertujuan untuk menyatukan masyarakat setempat melalui program dan aktiviti kejiranan, perpaduan serta khidmat masyarakat. Di samping itu, sebagai mendidik masyarakat setempat bersama-sama untuk menjaga keselamatan serta keamanan khasnya di kawasan krt yang telah lulus penubuhanya.
Skim Rondaan Sukarela (SRS) juga diluluskan oleh JPNIN dengan penyertaan dari kalangan ahli sukarela.
Peranan SRS di setiap KRT adalah mengadakan aktiviti rondaan harian pada setiap malam atau pada hujung minggu sedikit sebanyak telah memberi keberkesanan di setiap kawasan krt serta banyak mengurangi gejala-gejala yang tidak sihat samada dari segi jenayah, sosial dan sebagainya.

Setiap KRT memainkan peranannya dan berusaha mempelbagaikan aktiviti dan program khas untuk para penduduk setempat melalui kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, pihak swasta serta NGO-NGO yang lain.

Selaras dengan perkembangan semasa yang memerlukan komitmen jangka panjang, setiap KRT perlu menubuhkan beberapa biro yang diharap dapat memperkasakan perpaduan serta khidmat masyarakat kepada penduduk setempat.

Antara biro-biro yang akan ditubuhkan adalah seperti berikut :-

1. BIRO JIRAN MUDA - Menyelaras aktiviti dan program remaja 
2. BIRO JIRAN WANITA - Menyelaras aktiviti dan program kewanitaan
3. BIRO JIRAN USIA EMAS - Menyelaras aktiviti dan program warga emas
4. BIRO PROTOKOL DAN PERHUBUNGAN AWAM - Mengkordinasi dan menyelaras hubungan KRT dengan agensi dan NGO didalam melaksanakan sebarang program kemasyarakatan
5. BIRO ICT &  MULTIMEDIA - Menyelaras segala penerangan, hebahan, cetakan dan maklumat pada masyarakat setempat.
6. BIRO AGAMA DAN KEBAJIKAN - Menyelaras aktiviti dan program keagamaan dan kebajikan untuk pelbagai bangsadan kaum.
7. BIRO PENDIDIKAN - Menyelaras aktiviti dan program untuk anak-anak kecil, remaja, ibubapa serta masyarakat setempat.
8. BIRO SUKAN DAN KEBUDAYAAN - Menyelaras aktiviti dan program sukan dan kebudayaan untuk masyarakat setempat. 
9. BIRO LOGISTIK - Menyelaras segala keperluan untuk sebarang aktiviti dan program KRT di samping menjaga keselamatan harta hakmilik KRT.
10. BIRO KESELAMATAN - Menyelaras segala hal berhubung yang berkaitan dengan keselamatan masyarakat ,SRS dan ketika perlaksanaan aktiviti dan program KRT.

Sila hubungi En. Ramli untuk keterangan lanjut!!! Bersama-samalah kita menggerakkan KRT tersebut. 



Mesyuarat Agong 2010/2011

Notis Mesyuarat.

Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat agong persatuan akan diadakan pada hari Sabtu, 20hb Mac 2009 dari 9.00 - 11.00 malam, bertempat di Padang Permainan, Taman Tun Teja.

Sekian, Harap Maklum

Senarai Aktiviti Persatuan 2009/2010

20 April 2009: 8.00 pg - 1.00 tgh Majlis Gotong Royong Perdana

20 Jun 2009: 8.00 - 11.00 mlm Mesyuarat Agung Persatuan Kali ke 6

Semua penduduk dijemput hadir. Sebarang sumbangan untuk menjayakan program-program ini amatlah dialu-alukan.