Selamat Datang & Salam Pengenalan



SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA.

Persatuan Penduduk Rumah Teres Taman Tun Teja (PPR4T), Rawang telah ditubuhkan pada 20 Januari 2004.

Objektif penubuhan persatuan adalah untuk mewujudkan satu badan yang tetap bagi mewakili suara penduduk dalam mengutarakan pemasalahan-pemasalah yang dihadapi oleh penduduk kepada pihak berkuasa.

PPR4T memainkan peranan yang aktif bersama persatuan2 lain di Taman Tun Teja, dalam memastikan kehidupan yang selesa dan harmoni bagi penduduk di kawasan ini.

Penyertaan penduduk dalam PPR4T adalah secara automatik dan semua penduduk digalakkan untuk menyokong, menjayakan aktiviti dan menyumbang kepada PPR4T samada dari segi tenaga, ilmu dan kewangan bagi memantapkan lagi persatuan kita ini, demi untuk kesejahteraan, keharmonian, keselamatan dan keceriaan semua warga Taman Tun Teja.

Kepada semua AJK-AJK yang telah dilantik semula bagi sessi 2010/2012, saya mengucapkan syabas dan tahniah, dan semoga dapat terus menyumbangkan idea dan tenaga bagi kepentingan kita semua.

Sebarang pertanyaan dan cadangan mengenai aktiviti PPR4T, bolehlah diajukan kepada saya, Pengerusi Persatuan, En. Mohamed Saufi Shafie atau melalui AJK seperti yang dipaparkan di dalam halaman web ini atau melalui email persatuan:

perpenrttamantunteja@gmail.com

Persatuan juga mempunyai link di facebook.

Sekian, terima kasih.

Mohamad Saufie Shafie, Pengerusi












NOTIS MESYUARAT AGONG KE 8

Mesyuarat Agong Persatuan Penduduk Rumah Teres Taman Tun Teja Kali Ke 8 akan diadakan pada 3 April 2011 (Ahad), 9.00 pagi bertempat di Jalan Tun Teja 3. Semua ahli persatuan dijemput hadir!!! 8.30 pagi Pendaftaran 9.00 pagi Bacaan Doa Kata-kata aluan Pengerusi Ucapan Perasmian - Datin Reny Rahayu Penyampaian Sijil dan Saguhati bagi Pelajar Cemerlang (UPSR, PMR & SPM) Penyampaian Sijil kepada AJK 2010/2011 Minum Pagi 9.45 pagi Mesyuarat Agong Kata-kata Aluan Pengerusi Pembentangan dan Pengesahan Minit Perkara Berbangkit Laporan Aktiviti Persatuan Laporan Kewanagan Pembentangan dan Pembahasan Usul Hal-hal Lain

Friday, May 15, 2009

Laporan Program Gotong Royong Perdana 2009

Program Gotong Royong Perdana telah dijalankan dengan jayanya pada 19hb April 2009 yang lalu. Program ini dikelolakan oleh persatuan penduduk dibawah pengerusi program, Tn. Hj. Salim Sulaiman.




















Lebih dari 250 orang penduduk telah menyertai program ini dan terdapat peningkatan dari segi kehadiran berbanding dengan program yang lalu. Tujuan utama program ini adalah untuk mengeratkan perhubungan diantara penduduk-penduduk rumah teres, disamping membersihkan kawasan persekitaran.




















Acara ini telah disertai oleh kakitangan Pejabat ADUN Rawang, pasukan bomba rawang, Majlis Perbandaran Selayang, Agensi Anti Dadah Kebangsaan Gombak, Pasukan Bomba Sukarela Rawang dan Pejabat Kesihatan Daerah Gombak.




















Perbelanjaan persatuan dalam mengendalikan program ini adalah sebanyak RM4,000. Dana perbelanjaan adalah sumbangan dari AJK persatuan.




















Acara ini telah dirasmikan oleh YB ADUN Rawang, Cik Gan Pei Nei. Kehadiran beliau telah disambut oleh Pengerusi, En. Mohamed Saufi Shafie, dan AJK persatuan. Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada YB kerana dapat hadir sekali lagi ke majlis ini dan ini membuktikan YB amat prihatin dengan program-program kemasyarakatan yg dijalankan oleh persatuan.

Dalam ucapan balas YB, YB telah mengumumkan beberapa initiatif penting yang sedang dilaksanakan oleh pihak kerajaan negeri untuk manafaat rakyat negeri Selangor. Bagi kawasan Taman Tun Teja pula, beliau telah meluluskan permohonan persatuan untuk mendapatkan lampu limpah untuk ditempatkan di taman permainan kita. Beliau juga menyokong segala usaha persatuan dalam membenteras jenayah di kawasan setempat.



























Program Gotong Royong ini telah diakhiri dengan acara cabutan bertuah dan majlis ramah mesra/makan tengahari AJK persatuan bersama dengan YB Gan Pei Nei.






YB Gan Pei Nei juga mengambil kesempatan membuat lawatan ke sekitar Taman Tun Teja bersama Ahli Majlis MPS.

Sekian, laporan dari webmaster.

Senarai Aktiviti Persatuan 2009/2010

20 April 2009: 8.00 pg - 1.00 tgh Majlis Gotong Royong Perdana

20 Jun 2009: 8.00 - 11.00 mlm Mesyuarat Agung Persatuan Kali ke 6

Semua penduduk dijemput hadir. Sebarang sumbangan untuk menjayakan program-program ini amatlah dialu-alukan.